Apakah Ketumbuhan
Fibroid?
Fibroids adalah
sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia
merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai
wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan
apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada
tumbuhan fibroids.
Ada yang tumbuh satu
sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah saya buang 33 biji fibroid dari
seorang wanita.
Ketumbuhan fibroid
ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada
lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar
ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah
lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika
seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran
sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah
bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun,
ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang
mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan
endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila
seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan
luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah
campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium,
lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini
dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum
ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh
Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa
seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya,
punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada
sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan
bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan
menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan
mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak
menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat
berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak.
Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah
ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga
menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor
melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran
peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid
ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata
masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun
demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit
fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga
puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah
melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati
sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami
berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati
mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat
Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu
diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen
dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan
paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu
selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang
tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi
progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah
seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta
keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa
kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya
adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak
di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan
mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut,
maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan
progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh
kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi
rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan
seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis
sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan,
bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti
makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Sumber Dari Dr.
Hamid Arshat
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
* Gangguan Haid
* Keputihan
* Masalah ketidaksuburan
* Kemandulan di kalangan wanita
* Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
* Perut kembang
* Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
* Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
* Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
* Kerap letih dan lesu
* Sakit lutut dan tumit
* Kesejukan kaki dan tangan
* Kekejangan otot di bawah betis (simpul mengkarung)
* Kerap keguguran
* Ketumbuhan fibro dan cyst
* Keputihan
* Masalah ketidaksuburan
* Kemandulan di kalangan wanita
* Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
* Perut kembang
* Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
* Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
* Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
* Kerap letih dan lesu
* Sakit lutut dan tumit
* Kesejukan kaki dan tangan
* Kekejangan otot di bawah betis (simpul mengkarung)
* Kerap keguguran
* Ketumbuhan fibro dan cyst
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau
tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan
fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau
dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan
ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang
boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang
menghadapi ketumbuahn fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan
menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas
beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.
Tetapi dengan rawatan melalui SET SHAKLEE ini anda bole merawat
dan mengecutkan cyst & fibroid (ukuran 2cm) tanpa melalui pembedahan. InsyaAllah..
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
nisa
012 734 6134
No comments:
Post a Comment